E-KERAJAAN



Mempelbagaikan Sumber Pendapatan



Coretan ini sebenarnya adalah untuk memberi kesedaran dan juga mungkin satu seruan bagi kakitangan Kerajaan Malaysia untuk sama-sama bangkit dan terus menuju kejayaan. Pada zaman dahulu kakitangan Kerajaan adalah golongan yang dipandang tinggi kedudukannya (walau bukan itu yang kita pinta) dan yang paling penting adalah dari kiraan pendapatan yang tetap dan lumayan.

Hari ini keadaan dah berubah. Kita jauh ketinggalan dari segi pendapatan bulanan. Ramai orang di bandar-bandar memilih kerjaya di institusi swasta berbanding berkhidmat untuk kerajaan. Kenapa?

Sama-samalah kita fikirkan..



Mengapa tidak kita perlu pelbagaikan sumber pendapatan kita? Jangan kita hanya harapkan satu sumber sahaja. Alangkah baik kalau kita ceburi bidang perniagaan. Kenapa? 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Kita sekarang cuma 1/10 dan kalau kita masuk dunia perniagaan maka kita akan dapat 10/10. Dulu kita dengar kita kena fokus pada satu bidang sahaja untuk mendapat hasil yang cemerlang. Sebenarnya itu pemikiran lama orang kita. Kita jangan focus pada satu sumber pendapatan sahaja. Kita wajib tambah dan pelbagaikan sumber-sumber pendapatan yang sebenarnya telah tersedia untuk kita. Kita ambil contoh Perdana Menteri kita. Cuba bayangkan kalau Perdana Menteri kita cuma fokus pada satu tempat sahaja atau satu negeri sahaja. Apa akan jadi pada negeri atau tempat lain? Ketinggalan. Kenapa PM kita dapat mentadbir satu Negara dengan jaya dan kenapa tidak kita ambil pengajaran dari situ. Memang benar PM perlukan ramai sokongan untuk memajukan Negara. Kita pun begitu juga. Kita minta pertolongan daripada kawan-kawan untuk majukan perniagaan sambil kita membantu mereka secara tidak langsung.



Sebenarnya kita beruntung sebagai kakitangan Kerajaan kerana kita dah ada satu sumber tetap. Yang kita perlu tambah adalah 9 lagi sumber. Abaikan mentaliti kita yang dulu yang mengatakan kalau nak beniaga kena focus pada bidang perniagaan sahaja. Kalau boleh kuburkan pemikiran negative tersebut.

TETAPI ! jangan sampai keluarga kita terabai. Seruan perdana menteri kita untuk melahirkan institusi kekeluargaan yang cemerlang jangan sesekali kita lupa. Generasi cemerlang bermula dari keluarga yang gemilang. Kita ada 7 hari seminggu. Hujung minggu kita focuskan pada keluarga, 5 hari selebihnya kita pulun cari wang tambahan. Bagi yang berpendapatan tetap tinggi mungkin boleh tukar plannya. 5 hari siangnya bekerja dan malamnya waktu bersama keluarga. Hujung minggu boleh bawa keluarga berniaga bersama-sama. Di situ kita dah memberi satu pelajaran informal bagi anak-anak kita. Kita ajar mereka berniaga dari usia muda lagi.
Kita boleh ambil contoh kaum cina. Anak-anak mereka berniaga dari usia muda lagi. Balik dari sekolah, terus menolong ibu bapa di kedai. Hari-hari. Betapa beruntungnya. Bila dah matang, tutup mata pun boleh berniaga. Ilmu berniaga dah sebati dalam diri. Di situ kita boleh ambil pengajarannya. Tetapi tidak dinafikan ada juga dikalangan kita yang telah berbuat demikian. Tahniah diucapkan. Mungkin di masa depan kita dapat lihat ibu bapa balik dari pejabat terus menuju ke kedai. Anak-anak dari sekolah terus ke kedai dan pada malamnya satu keluarga balik bersama ke rumah.

Sebenarnya kita ada 8 jam extra yang kita dapat isikan dengan berniaga. Itu dalam sehari kalau 5 atau 6 hari? Tapi lagi satu jangan lupakan kesihatan. Kaya kalau tak sihat tak bermakna. Generasi Malaysia seharusnya Kaya dan Sihat.

Kita sebagai kakitangan kerajaan harus peka pada peluang-peluang yang muncul di hadapan kita. Begitu juga dengan Kerajaan kita yang sebenarnya berperanan penting dalam kejayaan setiap warganya. Bayangkan suatu hari nanti kita sebagai kakitangan sokongan bekerja 8 jam sehari dan 4 hari seminggu. 4 hari tersebut sememangnya akan sibuk dan 3 hari cuti kita peruntukkan 2 hari untuk mengeratkan dan membahagiakan rumahtangga manakala 1 hari lagi kita peruntukkan sepenuhnya untuk perniagaan yang kita jalankan. Mungkin hari bertemu pelanggan atau pembekal.



Saya sangat teringin untuk mengingatkan kita tidak perlu berhenti atau meletak jawatan demi untuk menceburi bidang perniagaan. Konon tiada masa berniaga kalau masih berkhidmat untuk kerajaan. Kita buktikan pada masyarakat bahawa setiap warga kerja dalam kerajaan mampu untuk hidup mewah. Saya pernah terdengar dan kini merasa cukup terkilan dengan cakap orang yang mengatakan bahawa kerja dalam kerajaan untuk hidup sederhana tak senang dan tak susah tetapi kalau nak kaya kena berniaga. Seolah-olah dua bidang tersebut seperti dua bidang yang jauh berbeza. Mulai hari ini kita satukan 2 bidang ini. Kita sebenarnya banyak kemudahan seperti pinjaman contohnya. Jangan takut untuk membuat pinjaman. Saya sedar ada di kalangan kita tak nak hutang keliling pinggang. Takut tak terbayar kononnya. Tapi sedarlah bahawa hanya dengan cara itu kita mampu untuk berniaga bagi perniagaan yang bermodal tinggi. Kalau tinggi modalnya tinggi juga untungnya. Percayalah modal bukan alas an bagi kita di Malaysia untuk berniaga. Semoga dengan bertambah bilangan para peniaga maka akan bertambah juga ekonomi Negara kita. Sahutlah seruan kerajaan satu keluarga satu perniagaan atau syarikat.

Bangkit dan buktikan bahawa kerajaan bukan calang-calang orang yang mendokongnya. Kita sebagai warga kerja wajib membuktikan kejayaan supaya menjadi tauladan kepada masyarakat serta generasi berikutnya.



Semoga kita kakitangan Kerajaan akan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan dan dilimpahi dengan kemewahan rezeki.

Tips berguna untuk anda :

http://carajimatduit.blogspot.com/
http://selling-website.blogspot.com/

BERMAIN SAMBIL JANA PENDAPATAN :

WHO WANT TO BE A CROWN DIRECTOR




Senarai bacaan tambahan untuk anda :

Kepelbagaian Sumber Pendapatan


KHAS BUAT NEWBIES :

Cara Buat Site Percuma
Bahan Baik Buat Newbies



PRODUK TERBARU DI PASARAN

http://smell-like-teen-spirit-ink.blogspot.com/
http://vlm-malaysia.blogspot.com/

Search